Sunday 15 March 2015

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan



Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan No. Kelulusan : CIDBJH/C/2015/0037 

Johor Bahru : Bertarikh 8-9 Mac 2015 hari Ahad-Isnin, telah berlangsung Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 16 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof (Ketua Fasilitator) pada hari pertama sebelah pagi, Dr. Saidin mengajar pada sebelah petang dan Dr. Sirajul pada hari kedua kursus sehingga selesai. Kesemua pensyarah didatangkan khas dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai. Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah 2 orang peserta berbangsa Tionghua yang masing-masing bekerja dengan syarikat pembinaan besar.

Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat bijak dalam mengendalikan kursus dan sesi petang ialah sesi khas pengiraan supaya peserta tidak rasa mengantuk dan keadaan sentiasa ceria sekali-sekali dengan lawak jenaka.

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB.

Pada sesi santai se waktu rehat semasa kudapan, makan tengah hari dan minum petang, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman. 

Diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hajat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Hujung Benua ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
16 Mac 2015 (K17)









No comments:

Post a Comment