Monday 2 March 2015

Laporan Ringkas Kursus Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan (K15)

Laporan Ringkas Perjalanan
Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan
No. Kelulusan : CIDBJH/C/2014/0155

Johor Bahru : Pada tarikh 8-9 Februari 2015 hari Ahad-Isnin,  telah berlangsung Kursus Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 13 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir  dan membuat pembayaran.  Termasuk yang hadir kursus ialah seorang ibu dan anaknya yang masing-masing ada syarikat pembinaan sendiri. Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat pakar dalam mengendalikan kursus sehingga sesi petang tidak rasa mengantuk dan sentiasa ceria sekali-sekali dengan lawak jenaka.

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB.

Pada sesi santai se waktu makan dan rehat, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Akhirnya, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan  yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Darul Takzim ini.


Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
1 Mac 2015
(K15)

 

Sesi pengiraan oleh kumpulan peserta dalam kursus tersebut

No comments:

Post a Comment