Tuesday 4 November 2014

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan



Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan (K14) No. Kelulusan : CIDBJH/C/2014/0164 

 Johor Bahru : Pada tarikh 1-2 November 2014 hari Sabtu-Ahad yang lalu, telah berlangsung Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Syukur Alhamdulillah jumlah kehadiran ialah seramai 17 peserta telah berjaya datang dari awal sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. 

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM & seorang jurutera di pelantar minyak Exxonmobil di Bintulu Sarawak.

Maklum balas yang baik daripada peserta yang hadir di mana selain mendapat pengetahuan apabila mahu menceburkan diri dalam bisnes kontraktor kursus kali ini malah dapat juga dikurniakan 20 mata CCD. Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan.

Selesa dan kondusif

Peserta menumpukan perhatian kepada Prof.

Ingatkan menu ayam penyet, rupanya ayam berempah yang istimewa untuk peserta kursus

Gangguan projek dari bangunan sebelah (atas) yang melonggokkan batu blok di hadapan tangga pejabat Koperasi tanpa izin.

Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB. Pada sesi santai se waktu makan dan rehat, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Akhir kalam, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Harimau Selatan ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services

No comments:

Post a Comment