Friday 4 July 2014

Laporan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Asas Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan 23-24 Jun 2014

Johor Bahru : Pada tarikh 23-24 Jun 2014 hari Isnin-Selasa telah diadakan Kursus Asas Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Syukur Alhamdulillah jumlah kehadiran ialah seramai 10 peserta telah berjaya datang dari awal sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Dr. Saidin Bin Misnan (kanan sekali) dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.


Foto peserta dalam sesi rehat

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir  dan membuat pembayaran.  Termasuk yang hadir kursus ialah 2 orang berketurunan Tionghua dari Ban Hoe M & E Sdn Bhd.  Respon yang baik daripada peserta yang tidak berkesempatan hadir dalam kursus yang lepas untuk mengikuti kursus pada kali ini.

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD.

Akhir kalam, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri  Darul Takzim ini.


Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
30 Jun 2014