Tuesday 31 March 2015

Sertai Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD 13-14 April 2015 Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pendaftaran Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan :

Tarikh : 13-14 April 2015 Isnin Selasa,
 Masa : 8.30-5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad
90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah
81300 Johor Bahru.

Yuran RM350 sahaja termasuk nota, file, sijil dan makan 3x sehari. Pensyarah Pakar dari UTM Skudai. Sesuai untuk semua kontraktor pembinaan baru atau lama, pemaju, perunding dan mana-mana agensi pembinaan.

Berminat? Sila SMS/Wasap atau hubungi 0127082260 En Hamdan. emel akrabjohor@gmail.com Terima kasih.

Sunday 15 March 2015

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan



Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan No. Kelulusan : CIDBJH/C/2015/0037 

Johor Bahru : Bertarikh 8-9 Mac 2015 hari Ahad-Isnin, telah berlangsung Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 16 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof (Ketua Fasilitator) pada hari pertama sebelah pagi, Dr. Saidin mengajar pada sebelah petang dan Dr. Sirajul pada hari kedua kursus sehingga selesai. Kesemua pensyarah didatangkan khas dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai. Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah 2 orang peserta berbangsa Tionghua yang masing-masing bekerja dengan syarikat pembinaan besar.

Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat bijak dalam mengendalikan kursus dan sesi petang ialah sesi khas pengiraan supaya peserta tidak rasa mengantuk dan keadaan sentiasa ceria sekali-sekali dengan lawak jenaka.

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB.

Pada sesi santai se waktu rehat semasa kudapan, makan tengah hari dan minum petang, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman. 

Diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hajat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Hujung Benua ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
16 Mac 2015 (K17)









Monday 2 March 2015

Pendaftaran Masih dibuka Kursus 8-9 Mac 2015 Pengurusan Bisnes Kontraktor



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada semua kontraktor, bakal kontraktor, pemaju, perunding dan agensi pembinaan yang berminat, peluang untuk mengikuti kursus Anjuran Akrab Training & Services dengan kerjasama CIDB Negeri Johor seperti berikut :

Tarikh : 8-9 Mac 2015 Ahad-Isnin
Tajuk : Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan 
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 JB
Pensyarah : Pakar dari UTM Skudai
Yuran : RM350 sahaja termasuk nota, file, sijil dan makan 3 kali sehari.

Bayara Tunai/Cek atas nama : Koperasi Akrab Johor Berhad No Akaun : 0116 0000 486 108 CIMB Islamic

Berminat? Sila SMS/Wasap atau hubungi 0127082260 Hamdan.

Terima kasih

Koperasi Akrab Johor Berhad
90-01 Jalan Kempas Indah 1/1
Taman Kempas Indah 81300 JB

Laporan Ringkas Kursus Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan (K15)

Laporan Ringkas Perjalanan
Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan
No. Kelulusan : CIDBJH/C/2014/0155

Johor Bahru : Pada tarikh 8-9 Februari 2015 hari Ahad-Isnin,  telah berlangsung Kursus Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 13 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir  dan membuat pembayaran.  Termasuk yang hadir kursus ialah seorang ibu dan anaknya yang masing-masing ada syarikat pembinaan sendiri. Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat pakar dalam mengendalikan kursus sehingga sesi petang tidak rasa mengantuk dan sentiasa ceria sekali-sekali dengan lawak jenaka.

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB.

Pada sesi santai se waktu makan dan rehat, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Akhirnya, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan  yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Darul Takzim ini.


Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
1 Mac 2015
(K15)

 

Sesi pengiraan oleh kumpulan peserta dalam kursus tersebut