Monday 9 June 2014

Laporan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan 29-30 Mei 2014


Laporan Ringkas Perjalanan
Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Peyediaan Tender & Sebut Harga  Projek Pembinaan Berkesan (K10) No. Kelulusan : CIDBJH/C/2014/0065

Johor Bahru : Bertarikh 29-30 Mei 2014 hari Khamis-Jumaat telah diadakan Kursus Peyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Syukur Alhamdulillah jumlah kehadiran ialah seramai 29 peserta telah berjaya datang dari awal sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof pada hari kedua dan Dr. Sirajul pada hari pertama dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir  dan membuat pembayaran.  Termasuk yang hadir kursus ialah 3 orang berketurunan India dari Pelita Sejati Engineering dan 2 Pensyarah dari Kolej Vokasional Kluang.  Respon yang baik daripada peserta yang lepas sehingga ada syarikat yang menghantar peserta kali ke dua mengikuti kursus anjuran kami.

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD.

Akhir sekali, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri  Hujung Benua ini.


Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
30 Mei 2014



Peserta Syarikat Pelita Sejati Engineering dari syarikat kaum India turut serta dalam kursus kali ini, juuga turut hadir peserta Tionghua. 

No comments:

Post a Comment