Laporan
Ringkas Perjalanan
Kursus
CIDB 2 Hari 20 CCD Peyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan (K10) No. Kelulusan
: CIDBJH/C/2014/0065
Johor Bahru : Bertarikh 29-30 Mei 2014 hari
Khamis-Jumaat telah diadakan Kursus Peyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan
Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman
Kempas Indah, Johor Bahru.
Syukur
Alhamdulillah jumlah kehadiran ialah seramai 29 peserta telah berjaya datang
dari awal sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof
Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof pada hari kedua dan Dr. Sirajul pada hari pertama
dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Diucapkan
terima kasih kepada semua peserta yang hadir
dan membuat pembayaran. Termasuk
yang hadir kursus ialah 3 orang berketurunan India dari Pelita Sejati Engineering
dan 2 Pensyarah dari Kolej Vokasional Kluang. Respon yang baik daripada peserta yang lepas
sehingga ada syarikat yang menghantar peserta kali ke dua mengikuti kursus
anjuran kami.
Peserta
dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh
latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil
penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD.
Akhir
sekali, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada
kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan
Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi
pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Hujung Benua ini.
Salam
hormat daripada
Sekretariat
Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
30 Mei 2014
Peserta Syarikat Pelita Sejati Engineering dari syarikat kaum India turut serta dalam kursus kali ini, juuga turut hadir peserta Tionghua.