Sunday 2 March 2014

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan & Pengawalan Projek berlangsung dengan jayanya

Sesi pengiraan di bawah seliaan Dr. Saidin
Sesi latihan pengiraan mengikut kumpulan


Johor Bahru : Seramai 20 peserta telah berjaya menamatkan kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan & Pengawalan Projek pada 25-26 Februari 2014 hari Selasa dan Rabu yang lalu.

Program perdaftaran hari pertama bermula 8.30 pagi dan penyampaian sijil pada 5.00 petang hari berikutnya.

Kursus Anjuran Akrab Training & Services dengan kerjasama CIDB Negeri Johor ini dilaksankan sepenuhnya di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari Tol Kempas ke arah Jalan Senai/Seelong.

Seramai 2 orang fasilitator yang telibat dalam mengendalikan kursus ini iaitu Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof dan Dr. Saidin Misnan yang merupakan Pakar ukur bahan yang juga pensyarah Fakulti Alam Bina UTM Skudai.

Yang uniknya kursus kali ini dihadiri oleh 5 orang tenaga pengajar dari Kolej Vokasional Kluang yang sama-sama menimba ilmu mengenai teknik pengawalan projek pembinaan. Semoga peserta kursus kali ini berjaya mendapat ilmu yang bermanfaat dan keluar sebagai seorang kontraktor yang cemerlang dan berintegriti.

Disediakan oleh Sekretariat Kursus Akrab Training & Services
2 Mac 2014

No comments:

Post a Comment