Johor Bahru : Pada tarikh 23-24 Jun 2014 hari Isnin-Selasa
telah diadakan Kursus Asas Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan
Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman
Kempas Indah, Johor Bahru.
Syukur
Alhamdulillah jumlah kehadiran ialah seramai 10 peserta telah berjaya datang
dari awal sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Dr.
Saidin Bin Misnan (kanan sekali) dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga
5.00 petang.
Foto peserta dalam sesi rehat
Diucapkan
terima kasih kepada semua peserta yang hadir
dan membuat pembayaran. Termasuk
yang hadir kursus ialah 2 orang berketurunan Tionghua dari Ban Hoe M & E
Sdn Bhd. Respon yang baik daripada
peserta yang tidak berkesempatan hadir dalam kursus yang lepas untuk mengikuti
kursus pada kali ini.
Peserta
dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh
latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil
penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD.
Akhir
kalam, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada
kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan
Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi
pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Darul Takzim ini.
Salam
hormat daripada
Sekretariat
Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
30 Jun 2014