Friday 13 November 2015

Sewa Dewan Kursus Murah di JB


Adakah anda mencari dewan untuk kursus, seminar, latihan atau kelas dengan harga yang berpatutan di Bandaraya Johor Bahru? Kami ada jawapannya. Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad adalah lokasi yang sesuai untuk anda. 

Hanya 5 minit dari Tol Kempas, 3 minit dari Setia Tropika, 20 minit dari Lapangan Terbang Senai dan 20 minit ke Danga Bay. Berminat? sila SMS, wasap atau hubungi 0127082260 En Hamdan. Terima kasih.








Workshop Kenali Saham menjana pendapatan


Satu bengkel atau workshop asas bagaimana mengenali bursa saham telah diadakan pada 14 November 2015 Sabtu di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, JB.

Alhamdulillah, bengkel yang sangat baik dan jurulatih pembimbing yang mesra pelanggan. Kami sebagai penyedia tempat kursus amat berbesar hati atas kesudian pihak penganjur menggunakan premis kami sebagai lokasi latihan. semoga kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.

Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam bisnes saham dan berhajat menjana pendapatan boleh menghubungi 0133512703 Noor Fatehah. Semoga sukses. Terima kasih





Friday 6 November 2015

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan CIPAA


 Alhamdulillah kursus ini berlangsung pada 3-4 November 2015 bermula 8.30 pagi -5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad.

Kursus dikendalikan oleh Haji Ismail Omar dari Minda Wibawa Resources. Sangat bagus dan bermanfaat kepada semua kontraktor dalam urusan membuat tuntutan bayaran dan jika berlaku kelewatan bayaran atau tidak menerima bayaran yang sepatutnya sedangkan kerja-kerja telah dilaksanakan maka terpaksa menggunakan saluran undang-undang.

Kursus kontraktor CIDB 20 mata CCD. Sebagai penyedia tempat kursus kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengendali kursus yang sudi mengunakan kemudahan premis kami sekali dengan perkhidmatan katering.

Moga selesa dan berterusan bentuk kerjasama ini di masa hadapan. InshaAllah. Kursus akan datang pada 3-4 Disember 2015 InshaAllah. Hubungi 0193036869 Haji Ismail Omar




Monday 5 October 2015

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Projek Metodologi PMP


Alhamdulillah kursus ini berlangsung pada 21-22 September 2015 bermula 8.30 pagi -5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad.

Kursus dikendalikan oleh Haji Ismail Omar dari Minda Wibawa Resources. Sangat bagus dan bermanfaat. Kursus kontraktor CIDB 20 mata CCD.

Sebagai penyedia tempat kursus kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengendali kursus yang sudi mengunakan kemudahan premis kami sekali dengan perkhidmatan katering. Moga selesa dan berterusan bentuk kerjasama ini di masa hadapan. InshaAllah.

Kursus akan datang pada 20-21 Oktober 2015 InshaAllah. Hubungi 0193036869 Ismail Omar





Thursday 13 August 2015

Seminar Borong Di China & Seminar Saham Di Dewan Akrab



Johor Bahru: Pada 8 Ogos 2015 berlangsung 2 Seminar serentak iaitu Seminar Borong Di China 8 Ogos 2015 & Seminar Bursa Saham 8-9 Ogos 2015 di Dewan Koperasi Akrab Johor, Taman Kempas Indah JB. Dari tinjauan kami seminar ini sangat bagus dan bermanfaat khususnya untuk usahawan baru yang berminat dan peluang tambahan kepada semua peniaga yang ingin meneroka pasaran baru. Kami sebagai penyedia tempat megucapkan berbilion terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Kepada yang berminat untuk menyewa dewan seminar, dewan kursus, bilik seminar, bilik mesyuarat atau bilik kosong boleh sms, telefon atau wasap 0127082260 En Hamdan. Terima kasih

FB















Wednesday 22 July 2015

Salam Lebaran daripada Akrab Training



Johor Bahru : Sempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal 1436 Hijri ini Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Akrab Johor Berhad iaitu induk kepada Akrab Training & Services mengucapkan Salam Aidilfitri...

Khas kepada semua ahli Koperasi Akrab Johor Berhad, rakan usahawan, rakan usahasama, peserta kursus kontraktor CIDB, pertubuhan, sekolah, agensi dan lain-lain yang telah bermuamalah atau berurus niaga bersama kami atau syarikat-syarikat di bawah kami...

Dengan ucapan Minal Aidil Wal Faizin wal maqbulin, Kullu Amin Wa Antum Bi Khair, Taqabbalallah minna wa minkum, maaf zahir dan batin. Terima kasih.

PS : Kursus CIDB ditangguhkan sepanjang Ramadan dan kursus akan datang akan diadakan selepas Aidilfitri bermula bulan Ogos 2015 Insha Allah. Kami akan maklumkan kemudian. Kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

Friday 5 June 2015

Laporan Kursus CIDB 25-26 Mei 2015 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan



Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan
No. Kelulusan : CIDBJH/C/2015/0038

Johor Bahru : Pada tarikh 25-26 Mei 2015 hari Isnin-Selasa, telah berlangsung Kursus Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 7 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah seorang Pensyarah dari Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Perak. Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat pakar dalam mengendalikan kursus sehingga sesi petang tidak rasa letih dan sentiasa ceria sekali-sekali dengan senda gurau. 

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB.

Pada sesi santai se waktu makan dan rehat, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Akhirnya, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Hujung Benua ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
30 Mei 2015 (K21)